Friday, 8 July 2011

Perkakasan Komputer

  Perkakasan komputer merujuk kepada bahagian-bahagian yang membentuk komputer yang lengkap. Perkakasan komputer juga dikenali sebagai peranti(device).
  Istilah perkataan atau peranti merujuk kepada keseluruhan peralatan fizikal pada sebuah komputer, manakala perisian(software) menyediakan arahan kepada perkakasan untuk melaksanakan kerja komputer. Kadangkala perbezaan perkakasan(hardware) dengan perisia agak kabur, terutama apabila merujuk kepada perisian tegar(filmware). Perisian tegar ialah perisian yang dipasang ke dalam perkakasan, ia amat jarang perlu diubah dan oleh itu biasanya disimpan dalam ingatan baca sahaja(rom).
  kebanyakkan perkakasan komputer tidak dapat dilihat oleh pengguna biasa. Ia merupakan sebahagian dari sistem terbenam yang digunakan dalam kenderaan ketuhar gelombang mikro, mesin elektrokardiograf , pemain cakera padat dan banyak lagi. komputer peribadi, perkakas yang paling biasa pada kebanyakkan orang merupakan cuma sebahagian kecil perkakasan komputer ( kira-kira 0.2% dari semua komputer baru pada 2003 ) 

No comments:

Post a Comment