Saturday, 6 August 2011

Pembelajaran kelas 4

Refleksi
Tarikh : 11/07/2011
    Sudah kali yang ke-4 saya mengikuti kelas ICT dan saya telah belajar dengan banyak . Tambahan pula, maklumat yang diberikan oleh Puan Zakiah amat berguna bagi saya. Puan telah mengajar kita tentang literasi dan definisi komputer. Komputer merupakan suatu perangkat elektronika yang dapat menerima dan mengolah data menjadi informasi, menjalankan program yang tersimpan dalam memori, serta dapat bekerja secara otomatis dengan aturan tertentu.Manakala definisi asas literasi adalah “dalam keadaan yang literasi (celik huruf)” menurut Chambers English Dictionary (2003). Karya rujukan ini, sebaliknya, mendefinisikan literasi sebagai “…berpelajaran; berupaya menulis dan membaca; mempunyai kemahiran di dalam atau dengan” (m.s. 1856). Dalam bahasa pendidikan, “Literasi Asas” bermakna literasi klasik atau tradisional tentang pembelajaran mengenai bagaimana untuk membaca, untuk menulis, dan untuk melakukan perkiraan dan operasi angka; literasi-literasi asas di dalam kesemua masyarakat dipelajari secara formal dalam suasana pendidikan asas dan menengah, terutamanya sekolah-sekolah awam atau persendirian, tetapi kadangkala literasi-literasi asas ini dipelajari di rumah atau di dalam pusat-pusat komuniti.

   Di samping itu, Puan Zakiah turut mengambil kesempatan ini untuk mengajar kita tentang perisian dan komponen komputer. Saya  telah menimba ilmu pengetahuan yang banyak selepas hadiri kelas tersebut.
Perisian komputer adalah terdiri daripada program-program yang membolehkan komputer melakukan sesuatu tugas tertentu. Malahan, perisian boleh dibahagikan kepada 3 kelas utama iaitu Perisian sistem, Perisian pengaturan cara dan perisian penggunaan.

    Saya juga mendapati bahawa komputer mempunyai sistem yang unik dan kompleks. Sesebuah komputer bukan dihasilkan dalam sekelip mata sahaja tetapi melalui usaha dan masa pencipta. Oleh itu, kita perlu berasa bersyukur dan berterima kasih kepada pencipta. Kita pun harus menghargai komputer dalam tangan sendiri dengan sebaik yang mungkin.  

No comments:

Post a Comment